Tuesday, November 23, 2010

POULSEN RAYU KESABARAN

Poulsen kata Reds perlukan masa.

Midfielder Christian Poulsen yakin Liverpool menunjukkan kemajuan pada setiap perlawanan tapi tahap sebenar mereka mungkin tidak tercapai dalam masa empat bulan lagi.
 
Walaupun bermasalah di permulaan musim, Liverpool hanya tiga mata di belakang pasukan tempat kelima, Tottenham, yang akan ditentang mereka di White Hart Lane hari Ahad ini serta ketinggalan enam mata dengan Manchester City yang menghuni tangga keempat.
 
Poulsen percaya dengan masa yang diberikan, mereka boleh merapatkan jurang.
 
"Saya berharap dan berfikir yang kami akan jadi bagus dari perlawanan ke perlawanan," katanya.
 
"Jika kami berkerja keras dan terus mendengar apa yang diarahkan oleh pengurus, saya pasti yang kami akan menjadi pasukan yang jauh lebih baik apabila kami mengharungi perlawanan di bulan Februari dan Mac."
 
Karier pemain antarabangsa Denmark itu di Liverpool sejak tiba dari Juventus pada musim panas lepas telah mencerminkan serba sedikit pencapaian kelab menerusi beberapa permainan yang turun naik prestasinya.
 


No comments:

Post a Comment