Sunday, November 28, 2010

Liverpool umumkan perubahan pengurusan


Liverpool telah mengesahkan bahawa pemilik bersama mereka, Tom Werner akan menggantikan Martin Broughton sebagai pengerusi kelab dari tarikh 1hb Disember.

Pemilik utama NESV, John L Henry telah menyatakan penghargaannya kepada Broughton yang berundur dari kelab. 

"Saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada Martin Broughton untuk kerja luar biasa yang telah dia lakukan untuk Liverpool," kata Henry.

"Dia dilantik dalam keadaan sukar dan penuh cabaran. Namun, dia terlalu memberi tumpuan untuk melakukan perkara yang penting untuk kebaikan jangka masa panjang untuk kelab."

"Kami senang bekerja dengan Martin sebelum ini dan kami berharap dia akan berjaya dengan apa yang dia lakukan di masa depan."

Ketua NESV, Werner mengatakan bahawa dia akan bekerja keras untuk mengembalikan kejayaan di Anfield.

"Ini adalah satu kehormatan besar untuk mengambil alih kelab dari Martin sebagai pengerusi kelab yang hebat ini. Kami mempunyai matlamat yang luar biasa untuk dibina pada musim ini dan juga untuk jangka masa panjang," kata Werner.

"Tujuan kami adalah bekerja tanpa lelah untuk penyokong kami, memberikan keadaan terbaik untuk pasukan dan menambahkan trofi di ruangan piala."
 

No comments:

Post a Comment