Thursday, December 9, 2010

Harry telah menguatkan saya

Gareth Bale telah mendedahkan bagaimana perbincangan berkesan dengan pengurus Tottenham, Harry Redknapp telah menguatkannya.
 
Bale, 21, berkata, "Melihat kembali pada beberapa hal, saya fikir, 'Wow.' Setahun lalu, saya tidak fikir yang saya akan melakukan hal-hal sebegitu."
 
"Ketika saya tak bermain, saya pergi berjumpa pengurus dan bertanyakan bila saya akan diberi peluang."
 
"Dia mahu saya jadi semakin kuat kerana saya masih terlalu muda ketika itu. Jadi saya bekerja keras dalam sesi latihan bagi membuktikan kepadanya yang saya layak untuk mendapat tempat di dalam pasukan."
 

"Dia selalu berkata, 'Bersabar dan terus bekerja keras dalam latihan, kemudian anda akan mendapat peluang'."
 
"Jika setahun yang lalu ada seseorang memberitahu bahawa aku akan menjadi antara pemain terbaik di dunia, aku pastinya tak akan percaya mereka."
 
"Saya harus berpijak di bumi yang nyata untuk terus maju. Saya harus sentiasa bekerja keras, kerana itulah alasan kenapa saya memiliki tahun yang baik."

Spurs berlumba untuk dapatkan Llorente


Tottenham tertarik dengan penyerang Athletic Bilbao, Fernando Llorente. Namun harga untuk pemain itu keluar diletakkan agak tinggi oleh kelab Sepanyol itu yang berkeras ingin mencari pembeli yang boleh membayar sekitar £30 juta.
 
Manchester United, Real Madrid, Manchester City dan Liverpool juga turut mempunyai keinginan terhadap pemain itu.
 
Bos Tottenham, Harry Redknapp juga menyukai penyerang Ajax, Luis Suarez yang dikatakan masih belum dapat diambil walaupun setelah dilepaskan oleh Martin Jol dengan kos £20 juta.

Ljungberg Mungkin Kembali Ke England



Kontrak bekas midfielder Arsenal ini bersama kelab MLS, Chicago Fire akan berakhir pada Januari ini. Beliau juga pernah bermain untuk Seattle Sounders sejak meninggalkan West Ham pada tahun 2008.
 
Dan pemain Sweden berusia 33 tahun itu berkata: "Saya akan melihat opsyen saya dan melihat apa yang berlaku. 
 
"Ada banyak kelab yang berminat dari pelbagai liga di seluruh Eropah dan England."
 
"Saya mahu melihat dan membuat penilaian apabila ia hampir ke bulan Januari, lagi pun saya tidak dibenarkan bermain sehingga ke tempoh tersebut."
 
Beberapa musim terakhir Ljungberg di England diselubungi kecederaan namun beliau mendakwa masalah kecederaan tersebut kini telah berakhir.
 
Beliau berkata: "Mereka kata pinggul saya patah semasa saya bermain di Amerika jadi mereka melakukan pembedahan besar ke atasnya dan sejak dari itu tiada sebarang masalah dengan hamstrings saya."