Thursday, December 9, 2010

Harry telah menguatkan saya

Gareth Bale telah mendedahkan bagaimana perbincangan berkesan dengan pengurus Tottenham, Harry Redknapp telah menguatkannya.
 
Bale, 21, berkata, "Melihat kembali pada beberapa hal, saya fikir, 'Wow.' Setahun lalu, saya tidak fikir yang saya akan melakukan hal-hal sebegitu."
 
"Ketika saya tak bermain, saya pergi berjumpa pengurus dan bertanyakan bila saya akan diberi peluang."
 
"Dia mahu saya jadi semakin kuat kerana saya masih terlalu muda ketika itu. Jadi saya bekerja keras dalam sesi latihan bagi membuktikan kepadanya yang saya layak untuk mendapat tempat di dalam pasukan."
 

"Dia selalu berkata, 'Bersabar dan terus bekerja keras dalam latihan, kemudian anda akan mendapat peluang'."
 
"Jika setahun yang lalu ada seseorang memberitahu bahawa aku akan menjadi antara pemain terbaik di dunia, aku pastinya tak akan percaya mereka."
 
"Saya harus berpijak di bumi yang nyata untuk terus maju. Saya harus sentiasa bekerja keras, kerana itulah alasan kenapa saya memiliki tahun yang baik."

Spurs berlumba untuk dapatkan Llorente


Tottenham tertarik dengan penyerang Athletic Bilbao, Fernando Llorente. Namun harga untuk pemain itu keluar diletakkan agak tinggi oleh kelab Sepanyol itu yang berkeras ingin mencari pembeli yang boleh membayar sekitar £30 juta.
 
Manchester United, Real Madrid, Manchester City dan Liverpool juga turut mempunyai keinginan terhadap pemain itu.
 
Bos Tottenham, Harry Redknapp juga menyukai penyerang Ajax, Luis Suarez yang dikatakan masih belum dapat diambil walaupun setelah dilepaskan oleh Martin Jol dengan kos £20 juta.

Ljungberg Mungkin Kembali Ke England



Kontrak bekas midfielder Arsenal ini bersama kelab MLS, Chicago Fire akan berakhir pada Januari ini. Beliau juga pernah bermain untuk Seattle Sounders sejak meninggalkan West Ham pada tahun 2008.
 
Dan pemain Sweden berusia 33 tahun itu berkata: "Saya akan melihat opsyen saya dan melihat apa yang berlaku. 
 
"Ada banyak kelab yang berminat dari pelbagai liga di seluruh Eropah dan England."
 
"Saya mahu melihat dan membuat penilaian apabila ia hampir ke bulan Januari, lagi pun saya tidak dibenarkan bermain sehingga ke tempoh tersebut."
 
Beberapa musim terakhir Ljungberg di England diselubungi kecederaan namun beliau mendakwa masalah kecederaan tersebut kini telah berakhir.
 
Beliau berkata: "Mereka kata pinggul saya patah semasa saya bermain di Amerika jadi mereka melakukan pembedahan besar ke atasnya dan sejak dari itu tiada sebarang masalah dengan hamstrings saya." 


Tuesday, November 30, 2010

Liverpool Berkunjung Ke Old Trafford Untuk Piala FA

Roy Hodgson menganggap pertembungan Liverpool di Manchester United untuk Piala FA perkhabaran sedih kejohanan. 

Dua musuh utama Liga Perdana Inggeris dipadankan seawal pusingan ketiga kejohanan.

Pengurus Kop itu memberitahu: "Ia akan menjadi permainan bola sepak paling menarik.

"Tapi ia agak malang bahawa dua pasukan Liga Perdana Inggeris dengan kualiti seperti United dan kami di undi bertemu di pusingan ketiga. Saya sentiasa merasakan ia satu kesedihan."


                                        Kejam untuk diundi United di peringkat awal lagi.

Dua pasukan musuh ini telah bertemu sebanyak sembilan kali di Piala FA dengan United memenangi tujuh dari lapan perlawanan terakhir.

Liverpool juga menang sekali dari tujuh kunjungan terakhir mereka ke Old Trafford tapi Hodgson menyatakan: "Ia akan menjadi perlawanan yang mendebarkan. 

Fergie jangkakan penamat untuk Edwin

Sir Alex Ferguson menjangkakan penjaga gol Manchester United, Edwin van der Sar akan bersara daripada bermain bola sepak pada penghujung musim ini.

Van der Sar akan mencecah usia 40 tahun pada akhir Oktober dan warga Belanda itu kekal menjadi watak utama bagi posisinya di United.

Dia masih belum menunjukkan tanda-tanda sama ada dia akan meneruskan kariernya sehingga tamat musim ini, tetapi Ferguson menyatakan bahawa penjaga gol itu akan bersara.

"Kami pernah berbual pada musim lalu tentang bagaimana dia melihat masa depannya dan dia menjelaskan kepada saya mengenai rancangannya, dan tiada apa yang berubah dalam hal itu."

"Dia mengalami kesukaran kerana dia harus memikirkan tentang kesihatan isterinya juga."

"Dia ok sekarang dan kelihatan amat baik tetapi masih memerlukan rawatan di Belanda, dengan fisioterapi dan perkara yang berkaitan. Jadi untuk berada di sini bersama kami adalah sukar untuknya."

The Red Devils telah bersetuju dengan tawaran menandatangani pemain antarabangsa Denmark, Anders Lindegaard, tetapi Ferguson sedang mempertimbangkan untuk membawa seorang lagi penjaga gol selepas dikaitkan pemain seperti Maarten Stekelenburg, Manuel Neuer dan David De Gea.

Sunday, November 28, 2010

Calon FIFA Dunia XI terbaik



Orang seperti Carles Puyol, Cesc Fabregas dan Cristiano Ronaldo akan berada dalam satu pasukan yang sama hanya kerana untuk FIFA World XI 2010.

11 orang pemain bola sepak akan dipilih pada setiap akhir tahun kalendar sebagai satu pengikhtirafan bagi pemain yang membintangi kelab dan negara mereka.

Sebuah senarai awal 55 pemain telah diumumkan. Namun, pemilihan akan dilakukan semasa acara gala Ballon d'Or pada 10 Januari di Zurich, Switzerland.

Dari 55 pemain, 18 dari La Liga Sepanyol dan 17 bermain dari Liga Perdana Inggeris.

Serie A juga diwakili oleh 15 pemain yang dipilih. Hanya empat pemain dari Bundesliga yang dipilih dan ini agak mengejutkan apabila kita mengimbas kembali apabila Jerman menyudahkan kempen Piala Dunia 2010 di tempat ketiga.

Hanya satu pencalonan dari Liga 1 Perancis, iaitu pemain Brazil dan merangkap pemain pertahanan Lyon, Michel Bastos.

Walaupun prestasi pasukan mengecewakan dalam FIFA Piala Dunia 2010, beberapa bintang England seperti Steven Gerrard, Frank Lampard dan Wayne Rooney turut berada dalam senarai.

Senarai 55 orang pemain FIFA:

Penjaga gol: Gianluigi Buffon (Itali, Juventus), Iker Casillas (Sepanyol, Real Madrid), Petr Cech (Czech Republic, Chelsea), Julio Cesar (Brazil, Inter), Edwin van der Sar (Belanda, Manchester United)

Pertahanan: Daniel Alves (Brazil, Barcelona), Gareth Bale (Wales, Tottenham), Michel Bastos (Brazil, Lyon), Ashley Cole (England, Chelsea), Patrice Evra (Perancis, Manchester United), Rio Ferdinand (England, Manchester United), Philipp Lahm (Jerman, Bayern Munich), Lucio (Brazil, Inter), Maicon (Brazil, Inter), Marcelo (Brazil, Real Madrid), Alessandro Nesta (Itali, AC Milan), Pepe (Portugal, Real Madrid), Gerard Pique (Sepanyol, Barcelona), Carles Puyol (Sepanyol, Barcelona), Sergio Ramos (Sepanyol, Real Madrid), Walter Samuel (Argentina, Inter), John Terry (England, Chelsea), Thiago Silva (Brazil, AC Milan), Nemanja Vidic (Serbia, Manchester United), Javier Zanetti (Argentina, Inter)

Pemain tengah: Esteban Cambiasso (Argentina, Inter), Michael Essien (Ghana, Chelsea), Cesc Fabregas (Sepanyol, Arsenal), Steven Gerrard (England, Liverpool), Andres Iniesta (Sepanyol, Barcelona), Kaka (Brazil, Real Madrid), Frank Lampard (England, Chelsea), Javier Mascherano (Argentina, Barcelona), Thomas Mueller (Jerman, Bayern Munich), Mesut Oezil (Jerman, Real Madrid), Andrea Pirlo (Itali, AC Milan), Bastian Schweinsteiger (Jerman, Bayern Munich), Wesley Sneijder (Belanda, Inter), Xabi Alonso (Sepanyol, Real Madrid), Xavi (Sepanyol, Barcelona)

Penyerang: Dimitar Berbatov (Bulgaria, Manchester United), Didier Drogba (Ivory Coast, Chelsea), Samuel Eto'o (Cameroon, Inter), Diego Forlan (Uruguay, Atletico Madrid), Gonzalo Higuain (Argentina, Real Madrid), Zlatan Ibrahimovic (Sweden, AC Milan), Lionel Messi (Argentina, Barcelona), Diego Milito (Argentina, Inter), Arjen Robben (Belanda, Bayern Munich), Ronaldinho (Brazil, AC Milan), Cristiano Ronaldo (Portugal, Real Madrid), Wayne Rooney (England, Manchester United), Carlos Tevez (Argentina, Manchester City), Fernando Torres (Sepanyolpain, Liverpool), David Villa (Sepanyol, Barcelona)




Liverpool umumkan perubahan pengurusan


Liverpool telah mengesahkan bahawa pemilik bersama mereka, Tom Werner akan menggantikan Martin Broughton sebagai pengerusi kelab dari tarikh 1hb Disember.

Pemilik utama NESV, John L Henry telah menyatakan penghargaannya kepada Broughton yang berundur dari kelab. 

"Saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada Martin Broughton untuk kerja luar biasa yang telah dia lakukan untuk Liverpool," kata Henry.

"Dia dilantik dalam keadaan sukar dan penuh cabaran. Namun, dia terlalu memberi tumpuan untuk melakukan perkara yang penting untuk kebaikan jangka masa panjang untuk kelab."

"Kami senang bekerja dengan Martin sebelum ini dan kami berharap dia akan berjaya dengan apa yang dia lakukan di masa depan."

Ketua NESV, Werner mengatakan bahawa dia akan bekerja keras untuk mengembalikan kejayaan di Anfield.

"Ini adalah satu kehormatan besar untuk mengambil alih kelab dari Martin sebagai pengerusi kelab yang hebat ini. Kami mempunyai matlamat yang luar biasa untuk dibina pada musim ini dan juga untuk jangka masa panjang," kata Werner.

"Tujuan kami adalah bekerja tanpa lelah untuk penyokong kami, memberikan keadaan terbaik untuk pasukan dan menambahkan trofi di ruangan piala."
 

Friday, November 26, 2010

Cesc Cergas Untuk United


Cesc Fabregas dalam perjuangan untuk cergas bagi perlawanan antara Arsenal dan Manchester United.
 
Kapten the Emirates itu mengalami satu lagi masalah hamstring semasa kekalahan mengejut 2-0 pasukan di Braga dan telah diberitahu supaya menjangkakan tiga minggu tempoh di luar padang.
 
Namun Fabregas berazam untuk kembali bagi trip penting ke Old Trafford pada 13 Disember ini.
 
Arsenal berkira-kira untuk merehatkan Fabregas bagi satu tempoh yang lebih lama untuk mengurangkan tekanan ke atas kedua-dua harmstring pemain ini yang mencetuskan masalah untuk Fabregas musim ini.
 
Namun pemain Sepanyol itu menegaskan masalah terbaru ini hanyalah masalah yang berulang-ulang.
 
Fabregas menggunakan pengalaman mengharungi masalah ini untuk meminta supaya dikeluarkan semasa di Portugal selepas terasa sedikit sakit di bahagian harmstringnya.
 
Satu lagi berita mengecewakan Arsenal ialah Emmanuel Eboue mengalami kecederaan ligamen lutut yang membuatkan beliau direhatkan selama sebulan.
 
Robin Van Persie, yang diketepikan untuk trip Eropah, menerima rawatan untuk buku lalinya tapi mungkin akan cukup cergas untuk trip ke Aston Villa pada Sabtu ini.

                                           Fab azam untuk kembali ke Old Trafford.

Chicharito Dapat Lagu

Pemain baru Manchester United Javier Hernandez melihat kecemerlangannya di atas padang telah diiktiraf — dengan lagu SALSA. 
 
Penyerang lincah Mexico ini, nama timangan Chicharito, menerima pujian sejak membuat perpindahan dari Chivas ke Old Trafford pada musim panas lepas.
 
Dan kini The World Red Army yang mengandungi artis salsa Choco Orta telah menerbitkan lagi Chico Is The Man, yang menceritakan perjalanan pemain berusia 22 tahun untuk menjadi pemain bintang.

                                                        Lagu untuk Chicharito.

Anderson akan tinggalkan united

Pemain tengah Manchester United, Anderson mungkin akan meninggalkan Old Trafford pada bulan Januari selepas Panathinaikos dan Newcastle dilaporkan antara pasukan yang bersedia membuat tawaran terhadap pemain Brazil itu.
 
Pemain 22 tahun itu hanya memulakan musim dengan dua perlawanan dan kelihatan dia seperti tidak lagi menjadi pilihan utama di United.
 
Seperti yang dilaporkan, jurulatih Panathinaikos iaitu Jesualdo Ferreira ingin mengambil pemain tengah itu sekiranya Sir Alex Ferguson tidak lagi memerlukan Anderson di Old Trafford.

            Anderson mungkin akan meninggalkan Old Trafford pada bulan Januari.

Ferreira menyedari bakat Anderson semasa bekerja bersama di Porto.
 
Newcastle juga dikatakan berada dalam senarai untuk membeli pemain tengah itu apabila pengurusnya, Chris Hughton yakin selepas memantau Anderson di United.
 
Pemain Brazil itu bergabung dengan Manchester United pada tahun 2007. Dia bermain dengan baik sekali semasa awal kemasukannya ke United. Namun, pemain itu menyedari dirinya hanya ditempatkan di bangku simpanan dan berjuang untuk masuk ke dalam pasukan pertama setelah kehilangan sebahagian besar musim lalu akibat kecederaan.

Thursday, November 25, 2010

Berbatov akan kekal

                                  Berbatov kekal di Old Trafford.



Agen Dimitar Berbatov menekankan pemain Bulgaria itu tidak berniat untuk meninggalkan Manchester United walaupun kedengaran laporan Juventus berminat mendapatkan khidmatnya.
 
Pemain berusia 30 tahun itu kerap dikaitkan untuk berpindah keluar dari Old Trafford walhal dia sedang menikmati permulaan musim terbaiknya sejak menyertai United.
 
Perpindahan semula ke Jerman telah dicanangkan untuk bekas pemain Bayer Leverkusen itu sementara gergasi Itali Juve juga turut dikaitkan.
 
Namun begitu, Sir Alex Ferguson tidak melatah selain dari meluahkan rasa puas hati dengan Berbatov dan agennya menekankan cakap-cakap tentang perpindahan adalah tidak benar.
 
"Tiada apa nak dikatakan. Dia akan kekal di Manchester," kata agen Emil Dantchev.
 
"Semua laporan tentang perpindahan tiada asas. Itu semua salah. Dia gembira dan kelabnya juga gembira."


Fabiano tiada buat tiga minggu

                             Fabiano mungkin tiada buat dua hingga tiga minggu.

Pemain antarabangsa Brazil yang juga penyerang Sevilla, Luis Fabiano mungkin tiada buat dua hingga tiga minggu kerana otot kaki kanannya pecah. Perkara ini telah diumumkan oleh kelab Divisyen Pertama Sepanyol itu pada hari Selasa.
 
Pemain 30 tahun itu adalah sebahagian daripada pasukan Brazil yang kalah kepada Belanda di suku akhir Piala Dunia. Dia mengalami kecederaan itu semasa kekalahan 2-1 kepada Real Mallorca Ahad lalu.
 
Fabiano, yang telah berada di Sevilla sejak tahun 2005, tidak akan dapat bermain dalam perlawanan Liga Eropah menentang kelab Perancis, Paris Saint Germain serta dua perlawanan liga dengan Getafe dan Villarreal.

King Carlos Boleh Berikan Kejuaraan Kepada Kami Semua

                         Silva menggesar rakan sepasukan jangan jadi lalai.


David Silva menyokong Carlos Tevez untuk memacu Manchester City memenangi Liga Perdana Inggeris.

Silva pemain sayap Sepanyol, membentuk gandingan serangan tiga serangkai bersama penyerang Argentina tersebut dan Yaya Toure, dengan trio ini membelasah Fulham 4-1 di Craven Cottage hari Ahad lepas.

Tevez menjaringkan dua gol manakala Toure dan Pablo Zabaleta juga menjaringkan gol ketika anak buah Roberto Mancini memperkasakan cita-cita kejuaraan liga mereka.

Dan dengan City kini hanya tiga mata di belakang pendahulu liga, Chelsea, Silva menganggap Tevez adalah lelaki yang akan memacu kelab memenangi trofi pertama mereka dalam tempoh 34 tahun.

Juara Piala Dunia ini berkata: "Carlos adalah antara pemain terbaik yang saya pernah bermain bersama.

"Beliau penyerang yang hebat dan saya gembira dapat bermain bersama beliau.

"Memang benar bahawa di Fulham kami bermain dengan baik dan kini hanya kurang tiga mata dari pendahulu liga - kami hanya perlu cuba terus memenangi perlawanan."

Dengan Arsenal dan Chelsea kalah minggu lepas, City berupaya menempatkan diri mereka dalam persaingan kejuaraan liga.


Shevchenko bantu saya

                        Drogba menyatakan Shevchenko membantunya untuk naik.



Bintang Chelsea, Didier Drogba menyatakan Andriy Shevchenkotelah membantunya dalam menjadi antara penyerang terbaik di dunia.
 
Drogba mendakwa Shevchenko, yang mengalami tempoh terburuk di Stamford Bridge dengan hanya mencetak 22 gol dalam tiga tahun selepas berpindah dari Milan dengan nilai £30.9 juta telah membantunya menjadi lebih tenang di padang.
 
Drogba berkata, "Saya banyak belajar daripada Shevchenko dan dia masih pemain hebat. Dia adalah antara penjaring terbaik di Liga Juara-juara. Dia sangat tenang ketika saya bermain dengannya."
 
"Saya belajar untuk menjadi lebih tenang di dalam padang dan menunggu saat yang tepat untuk menjaringkan gol."
 
"Satu penghormatan untuk dilihat selaku penyerang tengah moden. Bola sepak telah berubah. Anda harus cepat, sentiasa bergerak dan bermain dalam banyak perlawanan."
 
"Saya fikir kecergasan adalah kuncinya. Saya telah melihat permainan di liga yang berbeza dan anda boleh lihat bahawa terdapat perubahan."
 
"Strikers harus membela, tidak hanya mencetak gol, dan mencipta gol. Sekarang pasukan yang paling memainkan 4-3-3, tujuan striker telah berubah."
 
Selepas gagal di Stamford Bridge, derita Sheve berterusan untuk satu lagi musim negatif apabila dia kembali ke Milan.
 
Shevchenko kini kembali berada di Dynamo Kyiv sejak 2009 dan telah mencetak enam gol dalam 11 penampilan di Liga Perdana Ukraine untuk menduduki tempat kedua pada musim ini.

Adebayor pindah ke Juve

              City bersetuju untuk membiarkan Adebayor menyertai Juventus secara pinjaman.



Menurut pemain antarabangsa Togo itu, Manchester City telah bersetuju untuk membiarkan penyerangnya, Emmanuel Adebayor menyertai Juventus secara pinjaman pada bulan Januari.
 
Adebayor, 26, masih belum menjadi sebahagian daripada pengurusan Roberto Mancini musim ini. Dia hanya ditempatkan di bangku simpanan semenjak Mancini mengambil alih City.
 
Bekas pemain Arsenal itu hanya bermain dalam enam perlawanan setakat ini dalam kempen Liga Perdana Inggeris.
 
"Saya tak tahu apa salah saya dengan Roberto Mancini, tapi dia tak pernah menurunkan saya. Saya akan berpindah semasa tempoh tetingkap pertukaran pada bulan Januari nanti," katanya. 
 
"City telah mencapai kata sepakat dengan Juventus untuk meminjamkan saya. Oleh itu, saya berharap supaya dapat pergi pada bulan Disember."
 
Adebayor hanya menyertai revolusi City 18 bulan yang lalu, ketika bekas pengurus, Mark Hughes mendapatkannya dari The Gunners. Namun, setelah Hughes diberhentikan pertengahan musim lalu dan digantikan oleh Mancini, penyerang itu tampaknya semakin kurang mendapat tempat di Eastlands.
 
Ini bukan kali pertama dia dikaitkan dengan perpindahan ke raksasa Turin. Sebelum ini Adebayor dikaitkan menyertai Juve pada bulan Ogos dan pada masa yang sama City berusaha untuk mendapatkan pemain Internazionale, Mario Balotelli.
 
Adebayor kini kecewa kerana kurang mendapat tempat dalam skuad utama Mancini.
 
"Sebelum ini, saya tak akan menerima tawaran daripada pasukan-pasukan lain. Saya hanya mahu mengenakan jersi City dan mempunyai musim baik seperti yang saya lakukan tahun lalu," katanya.
 
"Tapi saya sedar bahawa tidak ada banyak kesempatan bagi saya untuk bermain. Saya mempertimbangkan banyak tawaran yang saya terima. Juventus adalah kelab besar dan saya sangat ingin bermain dengan mereka."

Tuesday, November 23, 2010

POULSEN RAYU KESABARAN

Poulsen kata Reds perlukan masa.

Midfielder Christian Poulsen yakin Liverpool menunjukkan kemajuan pada setiap perlawanan tapi tahap sebenar mereka mungkin tidak tercapai dalam masa empat bulan lagi.
 
Walaupun bermasalah di permulaan musim, Liverpool hanya tiga mata di belakang pasukan tempat kelima, Tottenham, yang akan ditentang mereka di White Hart Lane hari Ahad ini serta ketinggalan enam mata dengan Manchester City yang menghuni tangga keempat.
 
Poulsen percaya dengan masa yang diberikan, mereka boleh merapatkan jurang.
 
"Saya berharap dan berfikir yang kami akan jadi bagus dari perlawanan ke perlawanan," katanya.
 
"Jika kami berkerja keras dan terus mendengar apa yang diarahkan oleh pengurus, saya pasti yang kami akan menjadi pasukan yang jauh lebih baik apabila kami mengharungi perlawanan di bulan Februari dan Mac."
 
Karier pemain antarabangsa Denmark itu di Liverpool sejak tiba dari Juventus pada musim panas lepas telah mencerminkan serba sedikit pencapaian kelab menerusi beberapa permainan yang turun naik prestasinya.
 


Perletakan Jawatan Spekulasi Semata-mata

                                       
                                     Ancelotti tidak berfikir tinggalkan Blues.

Carlo Ancelotti menegaskan beliau masih menguruskan Chelsea dan menafikan sama sekali beliau pernah memikirkan kedudukannya sebagai pengurus pasukan.
 
"Saya tak tahu jika ia memadai untuk menjelaskan kedudukan saya hari ini untuk menafikan khabar angin dan spekulasi," kata Ancelotti.
 
"Khabar angin ini tidak benar sama sekali. Saya tak tahu dari mana ia datang. Saya tak bercakap dengan LMA."
 
"Mereka menghubungi saya malam lepas semasa saya di rumah untuk mengetahui apa yang telah berlaku."
 
"Khabar angin ini tidak benar sama sekali. Saya ada kontrak hingga 2012, di sini, di kelab ini. Saya banyak kali mengatakan yang saya mahu kekal di sini."
 
"Saya bukan saja menyayangi kelab ini tapi pemain mereka. Saya begitu yakin dengan pemain saya, dalam skuad ini jadi tak ada sebab untuk mengubah idea saya."
 
"Saya tak tahu kalah penjelasan ini mencukupi untuk menjelaskan keadaan. Saya fikir apabila pasukan tidak sampai ke keputusan yang diinginkan, jelaslah bahawa pengurus dalam tekanan. "
 
"Memang saya dalam tekanan kerana saya mahu Chelsea menang setiap perlawanan. Saya fokus dengan tugas saya menjadikan kami bermain dengan lebih baik berbanding ketika ini."
 
Ancelotti juga mengulas mengenai andaian yang beliau tidak gembira dengan pemecatan bekas pembantunya, Ray Wilkins serta perlantikan Michael Emenalo sebagai penggantinya.
 
"Tiada yang berubah dalam hubungan peribadi saya dengan Ray. Kelab membuat keputusan untuk berubah dan saya perlu fokus dengan tugas saya bersama pembantu yang lain. Ini bukan satu masalah untuk saya. Ia bukan sebab kenapa pasukan kalah ketika ini.
 

KAMI KINI SEBUAH PASUKAN

                                            Raul temui keyakinan baru.



Striker Schalke Raul percaya pasukannya telah berjaya mengubah nasib mereka selepas menjaringkan hatrik ketika menang 4-0 ke atas Werder Bremen.
Pemain Sepanyol itu yang sebelum ini hanya menjaringkan gol tiga kali dalam Bundesliga menggandakan catatannya musim ini untuk akhirnya mengeluarkan Royal Blues keluar dari bahaya di tangga bawahan liga.
"Seorang pemain bola sepak sentiasa mengimpikan untuk jaringkan tiga gol dalam satu perlawanan," katanya kepada laman web kelab. "Saya berjaya realisasikan impian itu. Ia hari yang sempurna.
"Kami kini bekerjasama sebagai satu pasukan dan ini amat baik. Kami secara khusus menguasai perlawanan di babak kedua dan saya amat menikmatinya."
Pengurus Felix Magath juga gembira dengan apa yang dilihatnya dengan Royal Blues berjaya mengumpul tujuh mata dari tiga perlawanan liga terakhir mereka.

Hodgson Beri Tamparan

                                                             Hodgson nafikan tentang krisis

Harry Redknapp menganggap dua pembelian pemain baru Januari akan memperkuatkan bidaan Tottenham untuk memenangi kejuaraan. 
 
Bos Spurs ini mengakui pasukannya akan mengharungi perlawanan Liga Juara-juara menentang Werder Bremen dengan semangat yang lebih tinggi selepas kemenangan 3-2 mereka di Arsenal.
 
Namun Redknapp terdesak untuk mendapatkan sekurang-kurangnya dua orang lagi pemain. 
 
Spurs masih lagi berminat dengan midfielder West Ham, Scott Parker dan penyerang Real Madrid, Karim Benzema.
 
Redknapp berkata: "Saya mempertimbangkan untuk membawa pemain baru pada Januari ini dan ia mungkin akan memberikan perbezaan kepada pasukan.
 
"Kami ada padang latihan baru yang bakal siap, kelab dalam keadaan bagus dan kami boleh mara ke hadapan. 
 
"Tottenham perlu memenangi kejuaraan dalam masa beberapa tahun lagi. Saya memang yakin dengannya – kenapa tidak? 
 
"Malam Liga Juara-juara amat istimewa di White Hart Lane dan kami perlu mendapatkan kemenangan." 




MACINI TENANG DALAM TEKANAN


                                    Mancini tak rasa bahangnya.




Roberto Mancini menegaskan tekanan di Manchester City tidak akan menjadi masalah sama sekali berdasarkan pengalamannya di Inter Milan.
"Jurnalis berterusan menyatakan saya dalam tekanan. Saya tidak berada dalam tekanan," ujarnya.
"Apabila anda pernah berkerja untuk Inter Milan selama empat tahun, ia mustahil untuk berada dalam tekanan."
"Mereka adalah antara pasukan terhebat di Itali dan antara kelab terbesar di dunia."
"Semasa saya menyertai mereka, mereka tidak memenangi apa-apa untuk selama 25 tahun."
"Saya ditekan setiap hari dengan mereka yag mahu tahu, 'bila masanya Inter akan menang? Bila, bila, bila?"
"Tapi saya kekal selama empat tahun, di mana ia adalah rekod untuk pengurus di situ."
Ketika Mancini turut memenangi tiga kejuaraan Serie A dan mencipta satu dominasi yang diteruskan dalam era Jose Mourinho, beliau rasa selesa dengan mengetahui jalan terbaik untuk City.
"Mustahil untuk membina sebuah rumah dari atap ke bawah," katanya.
"Anda kena bermula dari bawah. Kini, kami mungkin di tingkat kedua. Kami ada masa tapi kami mesti berterusan membuat peningkatan."
Bergantung pada apa saja tafsiran Mancini, City sama ada semakin sampai ke kemuncak atau baru berada di peringkat permulaan pembinaan.