Thursday, December 9, 2010

Harry telah menguatkan saya

Gareth Bale telah mendedahkan bagaimana perbincangan berkesan dengan pengurus Tottenham, Harry Redknapp telah menguatkannya.
 
Bale, 21, berkata, "Melihat kembali pada beberapa hal, saya fikir, 'Wow.' Setahun lalu, saya tidak fikir yang saya akan melakukan hal-hal sebegitu."
 
"Ketika saya tak bermain, saya pergi berjumpa pengurus dan bertanyakan bila saya akan diberi peluang."
 
"Dia mahu saya jadi semakin kuat kerana saya masih terlalu muda ketika itu. Jadi saya bekerja keras dalam sesi latihan bagi membuktikan kepadanya yang saya layak untuk mendapat tempat di dalam pasukan."
 

"Dia selalu berkata, 'Bersabar dan terus bekerja keras dalam latihan, kemudian anda akan mendapat peluang'."
 
"Jika setahun yang lalu ada seseorang memberitahu bahawa aku akan menjadi antara pemain terbaik di dunia, aku pastinya tak akan percaya mereka."
 
"Saya harus berpijak di bumi yang nyata untuk terus maju. Saya harus sentiasa bekerja keras, kerana itulah alasan kenapa saya memiliki tahun yang baik."

Spurs berlumba untuk dapatkan Llorente


Tottenham tertarik dengan penyerang Athletic Bilbao, Fernando Llorente. Namun harga untuk pemain itu keluar diletakkan agak tinggi oleh kelab Sepanyol itu yang berkeras ingin mencari pembeli yang boleh membayar sekitar £30 juta.
 
Manchester United, Real Madrid, Manchester City dan Liverpool juga turut mempunyai keinginan terhadap pemain itu.
 
Bos Tottenham, Harry Redknapp juga menyukai penyerang Ajax, Luis Suarez yang dikatakan masih belum dapat diambil walaupun setelah dilepaskan oleh Martin Jol dengan kos £20 juta.

Ljungberg Mungkin Kembali Ke England



Kontrak bekas midfielder Arsenal ini bersama kelab MLS, Chicago Fire akan berakhir pada Januari ini. Beliau juga pernah bermain untuk Seattle Sounders sejak meninggalkan West Ham pada tahun 2008.
 
Dan pemain Sweden berusia 33 tahun itu berkata: "Saya akan melihat opsyen saya dan melihat apa yang berlaku. 
 
"Ada banyak kelab yang berminat dari pelbagai liga di seluruh Eropah dan England."
 
"Saya mahu melihat dan membuat penilaian apabila ia hampir ke bulan Januari, lagi pun saya tidak dibenarkan bermain sehingga ke tempoh tersebut."
 
Beberapa musim terakhir Ljungberg di England diselubungi kecederaan namun beliau mendakwa masalah kecederaan tersebut kini telah berakhir.
 
Beliau berkata: "Mereka kata pinggul saya patah semasa saya bermain di Amerika jadi mereka melakukan pembedahan besar ke atasnya dan sejak dari itu tiada sebarang masalah dengan hamstrings saya." 


Tuesday, November 30, 2010

Liverpool Berkunjung Ke Old Trafford Untuk Piala FA

Roy Hodgson menganggap pertembungan Liverpool di Manchester United untuk Piala FA perkhabaran sedih kejohanan. 

Dua musuh utama Liga Perdana Inggeris dipadankan seawal pusingan ketiga kejohanan.

Pengurus Kop itu memberitahu: "Ia akan menjadi permainan bola sepak paling menarik.

"Tapi ia agak malang bahawa dua pasukan Liga Perdana Inggeris dengan kualiti seperti United dan kami di undi bertemu di pusingan ketiga. Saya sentiasa merasakan ia satu kesedihan."


                                        Kejam untuk diundi United di peringkat awal lagi.

Dua pasukan musuh ini telah bertemu sebanyak sembilan kali di Piala FA dengan United memenangi tujuh dari lapan perlawanan terakhir.

Liverpool juga menang sekali dari tujuh kunjungan terakhir mereka ke Old Trafford tapi Hodgson menyatakan: "Ia akan menjadi perlawanan yang mendebarkan. 

Fergie jangkakan penamat untuk Edwin

Sir Alex Ferguson menjangkakan penjaga gol Manchester United, Edwin van der Sar akan bersara daripada bermain bola sepak pada penghujung musim ini.

Van der Sar akan mencecah usia 40 tahun pada akhir Oktober dan warga Belanda itu kekal menjadi watak utama bagi posisinya di United.

Dia masih belum menunjukkan tanda-tanda sama ada dia akan meneruskan kariernya sehingga tamat musim ini, tetapi Ferguson menyatakan bahawa penjaga gol itu akan bersara.

"Kami pernah berbual pada musim lalu tentang bagaimana dia melihat masa depannya dan dia menjelaskan kepada saya mengenai rancangannya, dan tiada apa yang berubah dalam hal itu."

"Dia mengalami kesukaran kerana dia harus memikirkan tentang kesihatan isterinya juga."

"Dia ok sekarang dan kelihatan amat baik tetapi masih memerlukan rawatan di Belanda, dengan fisioterapi dan perkara yang berkaitan. Jadi untuk berada di sini bersama kami adalah sukar untuknya."

The Red Devils telah bersetuju dengan tawaran menandatangani pemain antarabangsa Denmark, Anders Lindegaard, tetapi Ferguson sedang mempertimbangkan untuk membawa seorang lagi penjaga gol selepas dikaitkan pemain seperti Maarten Stekelenburg, Manuel Neuer dan David De Gea.

Sunday, November 28, 2010

Calon FIFA Dunia XI terbaik



Orang seperti Carles Puyol, Cesc Fabregas dan Cristiano Ronaldo akan berada dalam satu pasukan yang sama hanya kerana untuk FIFA World XI 2010.

11 orang pemain bola sepak akan dipilih pada setiap akhir tahun kalendar sebagai satu pengikhtirafan bagi pemain yang membintangi kelab dan negara mereka.

Sebuah senarai awal 55 pemain telah diumumkan. Namun, pemilihan akan dilakukan semasa acara gala Ballon d'Or pada 10 Januari di Zurich, Switzerland.

Dari 55 pemain, 18 dari La Liga Sepanyol dan 17 bermain dari Liga Perdana Inggeris.

Serie A juga diwakili oleh 15 pemain yang dipilih. Hanya empat pemain dari Bundesliga yang dipilih dan ini agak mengejutkan apabila kita mengimbas kembali apabila Jerman menyudahkan kempen Piala Dunia 2010 di tempat ketiga.

Hanya satu pencalonan dari Liga 1 Perancis, iaitu pemain Brazil dan merangkap pemain pertahanan Lyon, Michel Bastos.

Walaupun prestasi pasukan mengecewakan dalam FIFA Piala Dunia 2010, beberapa bintang England seperti Steven Gerrard, Frank Lampard dan Wayne Rooney turut berada dalam senarai.

Senarai 55 orang pemain FIFA:

Penjaga gol: Gianluigi Buffon (Itali, Juventus), Iker Casillas (Sepanyol, Real Madrid), Petr Cech (Czech Republic, Chelsea), Julio Cesar (Brazil, Inter), Edwin van der Sar (Belanda, Manchester United)

Pertahanan: Daniel Alves (Brazil, Barcelona), Gareth Bale (Wales, Tottenham), Michel Bastos (Brazil, Lyon), Ashley Cole (England, Chelsea), Patrice Evra (Perancis, Manchester United), Rio Ferdinand (England, Manchester United), Philipp Lahm (Jerman, Bayern Munich), Lucio (Brazil, Inter), Maicon (Brazil, Inter), Marcelo (Brazil, Real Madrid), Alessandro Nesta (Itali, AC Milan), Pepe (Portugal, Real Madrid), Gerard Pique (Sepanyol, Barcelona), Carles Puyol (Sepanyol, Barcelona), Sergio Ramos (Sepanyol, Real Madrid), Walter Samuel (Argentina, Inter), John Terry (England, Chelsea), Thiago Silva (Brazil, AC Milan), Nemanja Vidic (Serbia, Manchester United), Javier Zanetti (Argentina, Inter)

Pemain tengah: Esteban Cambiasso (Argentina, Inter), Michael Essien (Ghana, Chelsea), Cesc Fabregas (Sepanyol, Arsenal), Steven Gerrard (England, Liverpool), Andres Iniesta (Sepanyol, Barcelona), Kaka (Brazil, Real Madrid), Frank Lampard (England, Chelsea), Javier Mascherano (Argentina, Barcelona), Thomas Mueller (Jerman, Bayern Munich), Mesut Oezil (Jerman, Real Madrid), Andrea Pirlo (Itali, AC Milan), Bastian Schweinsteiger (Jerman, Bayern Munich), Wesley Sneijder (Belanda, Inter), Xabi Alonso (Sepanyol, Real Madrid), Xavi (Sepanyol, Barcelona)

Penyerang: Dimitar Berbatov (Bulgaria, Manchester United), Didier Drogba (Ivory Coast, Chelsea), Samuel Eto'o (Cameroon, Inter), Diego Forlan (Uruguay, Atletico Madrid), Gonzalo Higuain (Argentina, Real Madrid), Zlatan Ibrahimovic (Sweden, AC Milan), Lionel Messi (Argentina, Barcelona), Diego Milito (Argentina, Inter), Arjen Robben (Belanda, Bayern Munich), Ronaldinho (Brazil, AC Milan), Cristiano Ronaldo (Portugal, Real Madrid), Wayne Rooney (England, Manchester United), Carlos Tevez (Argentina, Manchester City), Fernando Torres (Sepanyolpain, Liverpool), David Villa (Sepanyol, Barcelona)




Liverpool umumkan perubahan pengurusan


Liverpool telah mengesahkan bahawa pemilik bersama mereka, Tom Werner akan menggantikan Martin Broughton sebagai pengerusi kelab dari tarikh 1hb Disember.

Pemilik utama NESV, John L Henry telah menyatakan penghargaannya kepada Broughton yang berundur dari kelab. 

"Saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada Martin Broughton untuk kerja luar biasa yang telah dia lakukan untuk Liverpool," kata Henry.

"Dia dilantik dalam keadaan sukar dan penuh cabaran. Namun, dia terlalu memberi tumpuan untuk melakukan perkara yang penting untuk kebaikan jangka masa panjang untuk kelab."

"Kami senang bekerja dengan Martin sebelum ini dan kami berharap dia akan berjaya dengan apa yang dia lakukan di masa depan."

Ketua NESV, Werner mengatakan bahawa dia akan bekerja keras untuk mengembalikan kejayaan di Anfield.

"Ini adalah satu kehormatan besar untuk mengambil alih kelab dari Martin sebagai pengerusi kelab yang hebat ini. Kami mempunyai matlamat yang luar biasa untuk dibina pada musim ini dan juga untuk jangka masa panjang," kata Werner.

"Tujuan kami adalah bekerja tanpa lelah untuk penyokong kami, memberikan keadaan terbaik untuk pasukan dan menambahkan trofi di ruangan piala."