Tuesday, November 30, 2010

Fergie jangkakan penamat untuk Edwin

Sir Alex Ferguson menjangkakan penjaga gol Manchester United, Edwin van der Sar akan bersara daripada bermain bola sepak pada penghujung musim ini.

Van der Sar akan mencecah usia 40 tahun pada akhir Oktober dan warga Belanda itu kekal menjadi watak utama bagi posisinya di United.

Dia masih belum menunjukkan tanda-tanda sama ada dia akan meneruskan kariernya sehingga tamat musim ini, tetapi Ferguson menyatakan bahawa penjaga gol itu akan bersara.

"Kami pernah berbual pada musim lalu tentang bagaimana dia melihat masa depannya dan dia menjelaskan kepada saya mengenai rancangannya, dan tiada apa yang berubah dalam hal itu."

"Dia mengalami kesukaran kerana dia harus memikirkan tentang kesihatan isterinya juga."

"Dia ok sekarang dan kelihatan amat baik tetapi masih memerlukan rawatan di Belanda, dengan fisioterapi dan perkara yang berkaitan. Jadi untuk berada di sini bersama kami adalah sukar untuknya."

The Red Devils telah bersetuju dengan tawaran menandatangani pemain antarabangsa Denmark, Anders Lindegaard, tetapi Ferguson sedang mempertimbangkan untuk membawa seorang lagi penjaga gol selepas dikaitkan pemain seperti Maarten Stekelenburg, Manuel Neuer dan David De Gea.

No comments:

Post a Comment