Friday, November 26, 2010

Anderson akan tinggalkan united

Pemain tengah Manchester United, Anderson mungkin akan meninggalkan Old Trafford pada bulan Januari selepas Panathinaikos dan Newcastle dilaporkan antara pasukan yang bersedia membuat tawaran terhadap pemain Brazil itu.
 
Pemain 22 tahun itu hanya memulakan musim dengan dua perlawanan dan kelihatan dia seperti tidak lagi menjadi pilihan utama di United.
 
Seperti yang dilaporkan, jurulatih Panathinaikos iaitu Jesualdo Ferreira ingin mengambil pemain tengah itu sekiranya Sir Alex Ferguson tidak lagi memerlukan Anderson di Old Trafford.

            Anderson mungkin akan meninggalkan Old Trafford pada bulan Januari.

Ferreira menyedari bakat Anderson semasa bekerja bersama di Porto.
 
Newcastle juga dikatakan berada dalam senarai untuk membeli pemain tengah itu apabila pengurusnya, Chris Hughton yakin selepas memantau Anderson di United.
 
Pemain Brazil itu bergabung dengan Manchester United pada tahun 2007. Dia bermain dengan baik sekali semasa awal kemasukannya ke United. Namun, pemain itu menyedari dirinya hanya ditempatkan di bangku simpanan dan berjuang untuk masuk ke dalam pasukan pertama setelah kehilangan sebahagian besar musim lalu akibat kecederaan.

No comments:

Post a Comment